Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 25, 2013

No Comment
Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPP Wilayah Persekutuan) menyokong langkah kerajaan Pusat mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai gerakan yang menyalahi undang-undang negara.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, Pertubuhan Syiah Malaysia memang wajar diharamkan kerana ia merosakkan akidah umat Islam dan mencetuskan perbalahan besar antara umat Islam di negara ini.
“Tindakan kerajaan mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 amat tepat pada masanya memandangkan pengaruhnya yang semakin berkembang dan menimbulkan kekeliruan umat Islam.
“DPP Wilayah Persekutuan menganggap Syiah sebagai suatu ajaran sesat yang lebih bahaya dari Al-Arqam serta ajaran-ajaran sesat yang lain kerana ia jelas memesongkan akidah umat Islam dari ajaran Islam sebenarnya,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohamad Suhaimi berkata, langkah kerajaan itu dapat mengurangkan kebimbangan umat Islam Malaysia akan terperangkap dengan doktrin dan ajaran songsang Syiah terutama golongan jahil agama dan baru berjinak-jinak mendekati ajaran Islam.
Menurut beliau, golongan ini dengan mudah akan dipengaruhi oleh fahaman Syiah yang memberi gambaran Islam pada sudut yang sempit, tidak menyeluruh hingga mengambil ringan soal ibadat serta amalan Islam.
Tambah beliau, penularan fahaman Syiah akan menyebabkan perkahwinan songsang (muta’ah), kefahaman Islam yang longgar sehingga meringan-ringankan ibadat dan rukun Islam dan mencaci para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Katanya, Syiah turut mengundang kehancuran kepada institusi kekeluargaan, menyebabkan perceraian, pergaduhan dan persengketaan sesama komuniti Muslim.
Justeru, katanya, DPP Wilayah Persekutuan berharap kerajaan terus bertindak tegas dengan menghalang penyebaran ajaran Syiah terutama di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta.
“Pengikut Syiah juga dinasihati bertaubat segera kepada Allah S.W.T. serta memahami ajaran Islam yang sebenar menurut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Umat Islam pula perlu berhati-hati dalam menerima sebarang ajakan atau doktrin di luar daripada ajaran Islam sebenar agar mereka tidak terjebak dalam fahaman Syiah,” katanya lagi.
Media semalam melaporkan Pertubuhan Syiah Malaysia diisytiharkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang berkuat kuasa hari ini.
Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Perisytiharan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment