Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 25, 2013

No Comment
China

Apa dah jadi dengan penduduk di negara China ini?
Semalam MyNewsHub telah mengetengahkan isu penduduk China yang menjadikan janin manusia sebagai makan tambahan kesihatan.
Hari ini MyNewsHub ingin berkongsi sebuah video yang sedang viral di laman sosial Facebook berkenaan laporan berita sebuah kemalangan di negara itu.
Klip berita tersebut menunjukkan seorang wanita sedang berjalan menuju ke keretanya diletakkan di tengah pembahagi jalan.
Ketika wanita itu membuka pintu keretanya, datang pula sebuah kereta lain yang dipandu laju dari sebelah kanan lalu melanggar kereta tersebut.
Kereta dari arah kanan itu bukan sahaja merempuh kereta wanita tersebut, malah turut melanggar sebuah bas yang melalui jalan tersebut.
Beberapa perkara menjadi persoalan disini:
1. Boleh ke wanita tu meletakkan kenderaan di tengah pembahagi jalan?
2. Kenapa secara tiba-tiba kereta dari arah kanan itu cuba untuk masuk ke laluan arah bertentangan?
3. Bagaimana silibus pendidikan pemanduan di negara China? Hinggakan kemalangan ‘bodoh’ sebegini boleh berlaku?
Mungkin pemandu kereta dari arah kanan itu hilang fokus atau ‘gelabah’ hingga menyebabkan kemalangan itu berlaku.
Anda saksikan video tersebut dan fikirkan secara logik!
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment