Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 20, 2013

No Comment
Pelajar

LONDON – Pelajar tahun akhir Sekolah Swanlea di sini menyewa kereta mewah untuk meraikan majlis graduasi dan tari-menari sekolah mereka pada bulan ini.
Menurut statistik kerajaan, kawasan Swanlea merupakan antara kejiranan miskin di kota metropolitan itu.
Namun, keadaan itu tidak menghalang kumpulan pelajar berusia 16 tahun itu berbelanja besar untuk menyewa pelbagai jenis kereta mewah untuk ke majlis tersebut.
Semua kenderaan itu turut didatangkan dengan pemandu ekoran mereka belum layak mendapatkan lesen memandu.
“Trend ini untuk menunjuk-nunjuk sebenarnya. Memasang stereo kereta sekuat-kuatnya dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain,” kata seorang pelajar Sekolah Swanlea, Foyzur Rahman.
Dia dan seorang rakannya membayar caj AS$610 (RM1,945) untuk menyewa sebuah kereta Audi S4 selama empat hari.
Antara kereta mewah yang menjadi pilihan remaja sekolah ini termasuk Range Rover, Ferrari, Lamborghini dan Rolls-Royce. – Reuters

0 comments:

Post a Comment