Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 16, 2013

No Comment
TUN MAHATHIR

Pada hari ini dalam tahun 1981, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri ke-empat olah Yang di-Pertuan Agong dan kemudian mentadbir negara selama 22 tahun, Perdana Menteri paling lama mentadbir dalam sejarah negara.
Perlantikan itu selepas Perdana Menteri ke-tiga Tun Hussein Onn meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri sejak tahun 1976. Gambar bersejarah di atas dimuat naik laman Facebook Friends of BN – Barisan Nasional.
Ketika dilantik menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika itu berusia 56 tahun. Salah satu langkah awal sebaik memegang pentadbiran tertinggi eksekutif negara ialah membebaskan 21 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) (sudah dimansuhkan kini) termasuk seorang wartawan Samad Ismail.
Pada ketika itu, beliau melantik Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum kemudiannya digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ke-lima pada Oktober 2003.
Tun Dr Mahathir selepas itu menjadi pengasas kepada penubuhan Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur yang memberi fokus kepada membela nasib mangsa peperangan di Iraq, Lebanon dan Palestin. – Mynewshub
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment