Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 16, 2013

No Comment
Penjara

Ada pun contoh orang yang menghina Islam dihukum seberat-beratnya di negara lain. Di Islamabad, Pakistan Mahkamah negara itu dilaporkan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej menghina Islam.
Kami memetik laporan di laman web Utusan Online yang menyebut, Pendakwa Raya Mahkamah Toba Tek Sing di wilayah Punjab Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lepas berkata, tertuduh Sajad Masih turut didenda sebanyak 200,000 rupee atau RM6,000
Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad S.A.W kepada beberapa orang ulama.
Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan.
Begitulah hukumannya di Pakistan, sudahlah masih kanak-kanak lagi sudah dihukum penjara seumur hidup. Kita berharap pasangan Alvin dan Vivian akan diberikan hukuman sebagai pengajaran kepada mereka dan peringatan kepada orang ramai.
Kita ini hidup bersama dalam negara yang berbilang kaum dan kita mencapai kemerdekaan dengan semangat bersama dengan kaum Melayu, Cina dan India bersama-sama dalam satu matlamat mentadbir negara Malaysia yang berdaulat.
Kan lebih elok berfikir tentang kemajuan bersama, dari sibuk nak mendahului bangsa lain dan perancangan untuk maju pun dilupakan. – Mynewshub
OLEH : IBNU K

0 comments:

Post a Comment