Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, July 16, 2013

No Comment
Curi

Niat seorang lelaki dipercayai mahu merompak, berjaya dipatahkan penduduk kampung yang menyedari tidak tanduk mencurigakan lelaki berkenaan.
Dalam video yang disebarkan di internet, lelaki itu kelihatan dikepung penduduk kampung di dalam sawah padi sebelum dibelasah dan ditangkap.
Difahamkan, penduduk setempat pada mulanya berasa curiga selepas melihat gerak geri lelaki itu lalu bertindak menghubungi penduduk lain untuk meminta bantuan. Penduduk kampung kemudiannya berpakat beramai-ramai mengepung suspek yang bertindak melarikan diri.
Cubaan menangkap lelaki itu tidak berhasil apabila dia memecut melarikan diri dengan motosikal. Bagaimanapun, salah seorang penduduk kampung berjaya menendang motosikal suspek hingga dia terbabas ke dalam sawah padi.
Seperti dalam video, sebilah parang pendek ditemui bersama lelaki berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya dibelasah beramai-ramai sebelum diseret keluar dari sawah dan diserahkan kepada pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.
Oleh: REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment