Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 17, 2013

No Comment
Alvin

Pada 15 Julai lalu, pasangan seks publisiti, Alvin Tan dan Vivian Lee keluar dari bilik siasatan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) lebih kurang jam 9.30 malam.
Pada masa itu, Masjid Jamek yang terletak di sebelah pejabat SKMM sedang mengadakan solat tarawih sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Laungan tersebut jelas dalam rakaman yang dibuat oleh juruvideo kami, Riza Razak ketika dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengawal pasangan tersebut berjalan ke kenderaan mereka.
Situasi itu sendiri pastinya mudah untuk Alvin dan Vivian faham… Islam merupakan agama rasmi negara yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan.
Justeru, pasangan tersebut harus sedar bahawa isu-isu sensitif yang melibatkan kepercayaan dan pegangan agama tidak harus dipersenda atau dipersoalkan.
Hormat terhadap agama bukan sahaja kepada agama Islam tetapi juga agama-agama lain di dunia ini.
Mungkin itu pengajaran kepada mereka di dunia dari Tuhan Maha Agung bila bacaan Al Qur’an adalah benda pertama yang mereka dengar ketika keluar dari bilik siasatan SKMM.
Oleh: HARITS ASYRAF

0 comments:

Post a Comment