Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipercayai suara pembantu juruterbang.

“Siasatan awal menunjukkan kata-kata terakhir itu merupakan suara pembantu juruterbang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media, Isnin.

Kata-kata akhir dari kokpit – ‘All right, good night’ – didengari selepas salah satu sistem isyarat penting dalam pesawat tersebut dimatikan secara manual.

Beberapa pegawai sebelum ini memberitahu, kata-kata terakhir itu datang pada satu tempoh masa apabila salah satu data sistem komunikasi pesawat tersebut sudah dimatikan.

Masa kata-kata terakhir itu menguatkan lagi rasa sangsi terhadap salah seorang juruterbang yang mungkin terlibat dalam misteri kehilangan pesawat itu. – Mstar.com.my

0 comments:

Post a Comment