Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

Model, pelakon dan selebriti yang menjadi trending di Facebook baru-baru ini, Felixia Yeap meminta orang ramai di luar sana supaya mengambil iktibar daripada insiden kematian enam pengunjung Festival Muzik Asia (FMFA) 2014 akibat pengambilan dadah secara berlebihan, Jumaat lalu.

Felixia yang kini berimej bertudung litup persis gadis Muslim, menyatakan perlakuan tersebut memperlihatkan seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

“Salah satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar serta mabuk tidak tentu arah.

“Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini,” katanya yang dipetik menerusi status Facebook miliknya.

Seramai enam individu telah disahkan maut akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di konsert tersebut yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Mereka yang maut adalah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Berikutan insiden tersebut, konsert malam terakhir pada Sabtu lalu telah dibatalkan oleh pihak penganjur atas nasihat dan arahan pihak polis.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment