Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

SPEKULASI demi spekulasi yang mengaitkan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan kehilangan pesawat MH370 sejak 11 hari lalu nyata menguris hati ahli keluarganya.

Memetik laporan Mirror, anak perempuannya, Aishah Zaharie memberitahu rakannya bahawa ia seakan-akan “membunuh keluarganya”.

Gadis yang menetap di Australia sejak 2010 itu telah kembali pulang ke Malaysia untuk bersama-sama keluarganya di sini.

“Perkara yang ditulis oleh media antarabangsa tentang Zaharie adalah tidak tepat dan tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan ayah yang penyayang kepada anak-anaknya,” ujar sumber tersebut.

Sebelum ini, beberapa media barat membuat andaian bahawa kecenderungan politik juruterbang itu mungkin ada kaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment