Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – MCA mungkin mengalami kekalahan lebih besar sekiranya peratusan kaum Cina keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang semalam tidak merosot sebanyak 20 peratus.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa, peratusan kaum Cina yang keluar mengundi di DUN Kajang semalam merosot lebih 3,000 pengundi.

“Jika tidak, calon MCA mungkin kalah dengan beza undi lebih besar berbanding perbezaan sebanyak 6,824 undi pada tahun lalu apatah lagi jika diambil kira Parti Keadilan Rakyat (PKR) meningkatkan sokongan pengundi Melayu daripada 35 peratus kepada 44 peratus,” dakwanya melalui satu kenyataan media har ini.

PKR mempertahankan kerusi DUN Kajang dengan majoriti lebih rendah iaitu 5,379 undi berbanding 6,824 pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon PKR yang juga Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memperoleh 16,741 undi mengatasi Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun yang meraih 11,362 undi manakala sebanyak 176 undi ditolak.

0 comments:

Post a Comment