Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Bakal calon yang akan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang akan diumum secepat mungkin jika ketua pembangkang itu didapati tidak layak bertanding.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan ia akan ditentukan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat diadakan dalam
masa terdekat.

“Kita akan tentukan calon ganti selepas mengadakan mesyuarat secepat mungkin…(Calon ganti) terpulang kepada sentimen orang Kajang dan persetujuan rakan-rakan dalam pakatan,” katanya dalam sidang media selepas perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-5 di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, hampir enam tahun lepas.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan dan memerintahkan Anwar membayar jaminan RM10,000.

Anwar dalam ceramahnya sebelum ini membayangkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRK Kajang berikutan keputusan mahkamah itu.

PRK Kajang diadakan pada 23 Mac ini berikutan peletakan jawatan secara mengejut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu Lee Chin Cheh pada Januari lepas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment