Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan terus bekerjasama mempromosi Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan, terutama kepada penumpang penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai transit.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, perjalanan dari KLIA ke KL Sentral yang memakan masa 28 minit jika menggunakan perkhidmatan KLIA Express merupakan platfom terbaik untuk menarik lebih ramai pelancong melawat Kuala Lumpur walaupun untuk masa yang singkat.

“Saya percaya dengan promosi yang berkesan dan perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan KLIA Express, ramai pelancong akan datang melawat pelbagai tempat menarik yang ada di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan penumpang ke-50 juta bagi perkhidmatan KLIA Express di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor dalam ucapannya berkata: “Ia merupakan pencapaian yang membanggakan buat ERL meraikan penumpang ke-50 juta dalam tempoh 12 tahun beroperasi.

“Ia juga sebagai tanda pencapaian dan bukti komitmen ERL menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggannya,” katanya dan menambah ERL berbangga dapat mengekalkan prestasi ketepatan masa 99.7 peratus sehingga kini.

Olivier de Bruin, 19, pelajar kolej dari Amerika terpilih sebagai penumpang yang ke-50 juta menggunakan perkhidmatan KLIA Express, dan menerima hadiah dua tiket penerbangan ke Eropah sumbangan daripada Etihad Airway yang disampaikan Pengurus Besar Atihad Airways (Malaysia) Dave Walsh.

Turut hadir ke majlis tersebut Pengerusi Eksekutif ERL Datuk Seri Nadzmi Salleh. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment