Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Ketika usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 memasuki hari ke-10, rakyat Malaysia terus berdoa tanpa henti bagi keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata majlis membaca doa anjuran pelbagai badan agama membuktikan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia apabila menghadapi masalah bersama.

“Menyaksikan semua rakyat Malaysia bersatu dan bersama-sama berdoa bagi menjamin keselamatan kelaurga, saudara-mara dan rakan-rakan MH370 adalah sesuatu yang menyentuh perasaan,” kata Kurup kepada media pada majlis ‘Doa untuk Pesawat Hilang – MH370′ anjuran Persatuan Belia Kristian Malaysia (MYCA) dan Uniti, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Kurup juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat sahih hanya daripada pihak berkuasa supaya tidak mengelirukan keluarga dan orang tersayang penumpang dan anak kapal pesawat MH370.

“Mengada-adakan cerita dan spekulasi hanya melemahkan kita, oleh itu saya menyeru semua pihak menaruh keyakinan kepada kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari pesawat itu. Bersabar dan berikan sokongan moral sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” kata Kurup.

Majlis itu yang disertai lebih 100 orang penganut Kristian juga menyaksikan Kurup melancarkan kempen ‘Tie A Blue Ribbon for MH370′ dengan cetakan perkataan  ‘Doa Untuk Krew, Penumpang dan Keluarga MH370′.

Penyelaras Uniti, Jason Leong berkata riben biru itu yang akan diedarkan di lokasi terpilih di Lembah Klang adalah melambangkan sokongan, harapan dan peringatan bagi semua rakyat Malaysia supaya mendoakan keselamatan MH370. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment