Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KOTA KINABALU – Seekor harimau bintang ditemui mati di bandar Tawau, pantai timur Sabah.

Harimau bintang Borneo itu dipercayai telah dilanggar oleh kenderaan ketika melintas jalan Kuhara selepas keluar dari hutan sekunder kira-kira 2km dari bandar untuk mencari makanan.

Seorang penduduk Tawau, yang memuat naik gambar haiwan yang mati itu di Facebook berkata haiwan itu telah ditemui mati di jalan raya kira-kira pukul 9 pagi Sabtu.

Penyokong-penyokong pemuliharaan menganggarkan terdapat kira-kira 5,000 hingga 11,000 harimau bintang di dalam hutan di pulau Borneo dan mereka percaya bahawa bilangan haiwan itu semakin pupus.

Kerajaan Sabah meletakkan harimau bintang dalam senarai perlindungan di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah.

Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Sen Nathan berkata harimau bintang boleh ditemui di hampir semua kawasan hutan di sekitar Sabah dan tidak mengejutkan apabila haiwan ini ditemui berhampiran hutan sekunder yang dekat dengan pusat bandar.

“Mereka biasanya memburu mangsa seperti tikus. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila haiwan itu dilanggar,” katanya sambil menggesa pemandu memandu perlahan di kawasan yang sering menjadi laluan haiwan itu.

“Kami juga berharap orang ramai membiarkan sahaja haiwan itu dengan membiarkan mereka berkeliaran bebas di dalam habitat mereka,” kata beliau sambil menambah spesis itu juga boleh dilihat di ladang kelapa sawit, serta hutan sekunder dekat dengan penempatan manusia. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment