Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Apa yang pasti, misteri berkaitan kehilangan MH370 semakin menjadi-jadi dan petunjuk berkaitan semakin menuju ke jalan buntu.

Penyiasatan awal terhadap kandungan komputer peribadi Kapten Zaharie Ahmad Shah umpamanya tidak menemukan sebarang petanda yang memperlihatkan tindakan melencong MH370 ke laluan baru merupakan sesuatu yang dirancang.

Malah, simulator milik kapten berkenaan juga tidak mempunyai sebarang laluan pelik yang diambil kapal berkenaan ketika ia hilang 8 Mac lalu.

Pendedahan itu dibuat oleh penyiasat Amerika Syarikat (AS) selepas mendapat taklimat daripada pihak berkuasa Malaysia, semalam.

Pegawai berkenaan juga memberitahu, mereka ada menerima salinan perbualan antara krew dalam kokpit dengan menara kawalan tetapi tidak pula mendengar apa-apa yang mencurigakan atau mengapa kapal berkenaan mengubah haluannya. (Sumber: CNN)

0 comments:

Post a Comment