Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 27, 2014

No Comment

BERA – Ibu kepada Mohd Khairul Amri Selamat, 29, yang merupakan penumpang pesawat MAS MH370, Normah Jaafar, 56, diberikan cuti khas oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sempena menghadapi situasi tegang berhubung kes kehilangan pesawat berkenaan.

Pengarahnya, Halimahton Mansor berkata, ini kerana dalam situasi demikian, sukar bagi Normah untuk mengajar di Tabika Kemas Kerayong Makmor, di sini berikutan keadaan emosinya yang masih belum stabil.

Menurutnya, sebagai ibu, sudah pasti keadaan itu sukar untuk dihadapi dan bukan mudah bagi Normah mengawal perasaan apatah lagi setakat ini masih belum ada pengesahan atau berita sahih yang mengatakan pesawat dinaiki anaknya itu terhempas atau sebaliknya.

“Pihak jabatan tiada masalah untuk terus membenarkan dia (Normah) cuti kerana kejadian ini bukanlah dirancang dan ia merupakan kes luar biasa.

“Kita akan beri cuti khas untuk memberi ruang kepadanya.

“Lagipun, sekiranya dia bekerja, mungkin dia tidak dapat memberikan tumpuan kepada kanak-kanak di tabika tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menziarahi Normah di rumahnya di Taman Kerayong Makmur, semalam.

Katanya, perkara berkenaan dinilai berdasarkan aspek kemanusiaan memandangkan fikiran dan emosi tidak tenteram yang dihadapi Normah.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Halimahton berkata, semua kakitangan Kemas memberi sokongan kepada Normah, malah ada di kalangan rakan kerja kerap ke rumah wanita itu untuk membantu menenteramkannya.

“Apa yang penting ialah sokongan patut diberikan kepada Normah. Malah, pihak jabatan juga ada bersama Normah semasa di Hotel Everly Putrajaya dan kerap berhubung dengannya untuk mengetahui perkembangan dirinya selepas pulang ke rumah.

“Pada masa yang sama, kita juga mengumpul sumbangan daripada kakitangan Kemas untuk membantu beban yang ditanggung Normah,” katanya. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment