Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mengharamkan watak Ultraman sebaliknya cuma mengenakan perintah larangan ke atas penerbitan komik bertajuk “Ultraman The Ultra Power” kerana isi kandungannya menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan media memberitahu, komik berbahasa Melayu terbitan Resign Publications dan dicetak oleh Network Printers didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Menurut kenyataan itu, alasan kenapa buku itu dikenakan perintah larangan oleh KDN adalah seperti berikut:

i. Pada halaman Ultraman King, terdapat kandungan penerbitannya yang menganggap dan menggelar watak Ultraman King sebagai Allah melalui tulisan seperti berikut: “Ultraman King adalah Ultra yang paling berkuasa dalam alam semesta di papar garis universe. Beliau adalah yang tertua Ultra, purba sebelum setiap ultra lain yang diketahui dilahirkan. Dalam tahun 2009 filem Monster Mega Battle: Ultra Galaxy Legend The Movie. Beliau dianggap sebagai dan dihormati sebagai ‘Allah’ atau Elder semua wira Ultra”.

ii. KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat Allah yang disamakan dengan Ultraman King. Perkara ini dibimbangi boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan Allah dengan Ultraman.

iii. Kalimah Allah juga merupakan kalimah suci bagi umat Islam dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika perkara ini tidak dibendung, ianya boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai.

iv. Penerbit juga tidak mempunyai permit penerbitan dan alamat pejabat penerbit yang tertera di penerbitan tersebut merupakan alamat palsu seperti berikut “Resign Publications, No. 78, Jalan Brunei Utara, Off Jalan Pudu, 55100 KUALA LUMPUR”. Manakala, nama pencetak yang tertera di penerbitan tersebut tidak mempunyai lesen percetakan dan tidak meletakkan alamat pejabat.

Sehubungan itu, KDN menginggatkan mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki komek tersebut boleh dikenakan penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

0 comments:

Post a Comment