Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

Media Vietnam sebentar tadi melaporkan bahawa pihak berkuasa negara itu mengesan isyarat pesawat MAS di kawasan barat daya pantai Vietnam, beberapa jam selepas kapal berkenaan dilaporkan hilang malam tadi.

Laman web VN Express memberitahu, pasukan mencari dan menyelamat Vietnam melaporkan isyarat berkenaan dikesan kira-kira 120 baru nautika (225 kilometer), barat daya negara itu di wilayah Ca Mau.

Pengarah Jabatan Penerbangan Vietnam, Lai Xuan Thanh berkata, kapal terbang malang berkenaan berada di perairan kawasan terbabit dan sepatutnya memasuki ruang udara Vietnam tetapi pasukan kawalan udara negara itu tidak menerima sebarang komunikasi.

**Kebarangkalian isyarat adalah dari kotak hitam pesawat berkenaan. Terdapat juga laporan negara itu yang mengatakan pesawat terhempas berhampira Pulau Phu Quoc, berhampiran kawasan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun setakat jam 12.37 tengah hari tadi, akhbar utama Vietnam, Tuoi Tre, melaporkan bahawa pihak tentera telah memberi pengesahan bahawa pesawat MH370 terhempas di tengah lautan.

Kesahihan perkara ini bagaimanapun hanya dapat disahkan menerusi sidang media yang akan diadakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebentar lagi.

(Maklumat lanjut menyusul…)

0 comments:

Post a Comment