Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

BANGKOK – Thailand menawarkan untuk membantu pencarian penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar kerajaan sementara Thailand Surapong Tovichakchaikul berkata negara itu sedia berkongsi maklumat aeronautik dengan Malaysia bagi memastikan sama ada pesawat berkenaan terbang di ruang angkasanya.

“Pusat kawalan trafik kami mempunyai semua rekod dan jika maklumat ini digabung dengan maklumat dari negara lain, maka haluan pesawat itu boleh diketahui,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata kerajaan Thailand sedia menyokong dan membantu usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, yang hilang bersama-sama 227 penumpang serta 12 anak kapal. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment