Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

HARI ini dimaklumkan tiga pegawai dari Pejabat Siasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Awam (BEA) di Perancis akan tiba di Kuala Lumpur  untuk membantu dalam misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan hari ini, pasukan itu akan berkongsi pengalaman ketika mereka mencari bangkai pesawat Air France penerbangan 447 yang hilang di Laut Atlantik yang terhempas pada 2009.

Menurut kenyataan itu, jumlah negara yang terlibat dalam operasi SAR juga telah meningkat dari 14 buah negara kepada 26 buah.

“Negara-negara itu ialah Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Kazahkstan, Kyrgyzstan dan Laos.

“Sebahagian lagi negara ialah Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Russia, Singapura, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu disiarkan hari ini di laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada hari ini juga, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengerahkan aset mereka untuk mencari dan menyelamat di Koridor Selatan.

Kenyataan itu menyebut Kementerian Luar telah pun menghantar nota diplomatik kepada semua negara yang terdapat di sepanjang Koridor Selatan dan Utara berkenaan bantuan yang dimohon Malaysia bagi membantu mengesan pesawat MH370.

“Nota diplomatik berkenaan menyebut akan permohonan Malaysia untuk mendapatkan informasi radar dan satelit, kemudahan misi mencari di darat, laut dan udara, rancangan operasi SAR di negara yang terbabit dan maklumat tambahan yang ingin dipohon oleh Malaysia,” katanya.

Pesawat MH370 yang diterbangkan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah hilang dari radar pada awal pagi Sabtu 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Meskipun, ia hilang dari radar Jabatan Penerbangan Awam di Subang pada pukul 2.40 pagi, pihak TUDM berjaya mengesan pergerakan pesawat berkenaan membuat pusingan balik di Laut China Selatan dan menerusi data satelit ia menunjukkan pesawat MH370 masih di udara sehingga pukul 8.11 pagi hari yang sama.

Pesawat berkenaan mengikut jadual penerbangan asal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sepatutnya mendarat di Beijing, China.

Data satelit berkenaan diperolehi dari syarikat satelit milik Britain Inmarsat yang menunjukkan isyarat diterima dari pesawat itu.

0 comments:

Post a Comment