Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 23, 2014

No Comment

PELBAGAI insiden dikatakan berlaku pada hari pengundian pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang bermula pada pukul 8 pagi tadi.

Di Sungai Chua, seorang lelaki berpakaian seperti penjual kangkung dengan mengandar sayur itu di kawasan penyokong-penyokong pakatan rakyat (PR).


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertanding pada PRK berkenaan berhadapan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun.

Lelaki itu berusia 64 tahun hanya mahu dikenali sebagai Ahmad sanggup memandu dari Pahang untuk bersama-sama merasai kehangatan hari pengundian di Kajang pada hari ini.

Di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kantan Permai, beberapa penyokong PR dilihat meniru aksi Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menaiki tikar ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kononnya mahu membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Mh370.

Calon BN, Chew dilihat hadir di Dewan Orang Ramai Sungai Chua untuk meninjau proses pengundian di situ.

Dengan mengenakan baju merah, beliau ditanya mengapa tidak memakai baju biru atau putih yang biasa dikaitkan dengan BN?

“Ini blaus yang saya juga pernah pakai sewaktu berkempen.

“Ada juga yang memberi nasihat agar saya memakai baju berwarna merah hari ini,” jawabnya.

Pada pukul 10.27 pagi, Dr Wan Azizah juga tiba di pondok panas PKR di Sekolah Kebangsaan Kantan Permai yang terletak 150 meter daripada pusat mengundi berkenaan.

Beliau sempat bergambar dengan penyokong yang melaungkan “Reformasi”.

Manakala penyokong BN pula melaungkan “Tolak Kak Wan” dan “Tolak PKR” sewaktu Wan Azizah bersalaman dengan penyokong Pakatan dan kenderaan lalu lalang di situ.

Kedengaran juga seorang penyokong Tiong Hua yang bersalaman dengan beliau berkata: “Kita sudah menang”.

Wan Azizah menyambutnya dengan senyuman. Beliau kemudiannya terus menuju ke pusat pengundian SK Kantan Permai.

Oleh : AIRY ARIS

0 comments:

Post a Comment