Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Pasukan Polis Maldives kini sedang menyiasat dakwaan penduduk kepulauan itu yang melihat sebuah pesawat jet jumbo terbang rendah pada hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang iaitu 8 Mac lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam, polis berkata mereka sedang menyiasat laporan yang disiarkan laman web Haveeru yang melaporkan sebuah pesawat terbang di atas sebuah pulau Kuda Huvadhoo.

“Polis kini memberi perhatian kepada laporan media yang mendakwa sebuah pesawat terbang rendah di ruang udara Kuda Huvadhoo,” menurut kenyataan itu.

Laporan Haveeru menyebut para saksi melihat sebuah pesawat putih dengan jalur merah terbang meghala ke kawasan hujung bahagian selatan pulau Maldives.

“Saya tidak pernah melihat pesawat jet terbang begitu rendah di atas pulau kami sebelum ini, kami selalu melihat kapal terbang laut yang mampu mendarat di atas air, kami dapat melihat pintu pesawat itu dengan jelas,” kata seorang saksi dalam laman web berkenaan.

Pulau Maldives yang terletak jauh dari kemungkinan Koridor Utara dan Selatan tidak termasuk dalam 26 buah negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

Pesawat MH370 hilang dari hubungan radar pada 8 Mac dengan kali terakhir ia dilihat di kawasan Selat Melaka dan kemungkinan ia terbang melalui koridor utara dan selatan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Sehingga kini masuk hari ke-12, pesawat berkenaan masih belum berjaya dikesan tanpa sebarang tanda.

0 comments:

Post a Comment