Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Anwar SeriIbrahim daripada kes Liwat II akan didengar pagi di di Mahkamah Rayuan. Mahkamah menetapkan dua hari sehingga esok.

Ini ekoran Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan usaha kali terakhir Anwar untuk mengetepikan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mewakili pasukan pendakwaan.

LAPORAN LANGSUNG

4.10 petang: Peguam Ram Karpal berkata tindakan hakim salah kerana memerintahkan Anwar membela diri kerana tiada kes prima facie.

“Terdapat pencemaran pada bahan uji peri anal, dan juga di bahagian lower rectum. Ini tidak dipertikaikan. Terdapat juga seorang lagi penyumbang lelaki. Terdapat campuran air mani mengandungi DNA Saiful, ‘Male Y’ dan seorang lagi penyumbang lelaki yang diperolehi dari kawasan peri anal.

“Terdapat penyumbang lelaki ketika untuk bahan uji dari kawasan rectal, mungkin pengadu telah dimasuki oleh sorang lagi individu atau pihak ketiga,” katanya.

3.40 petang: Karpal membaca pengakuan Saiful yang menyebut bahawa beliau bukan “orang ulu”  kerana mendapat pendidikan tinggi.

“Saiful berkata beliau takut kepada Anwar tetapi beliau boleh meninggalkan tempat itu. Pintu tersebut tidak berkunci, dia boleh melepaskan diri. Dia menghadiri satu majlis pada keesokan harinya. Jelas sekali dia membohong apabila berkata kejadian itu berlaku tanpa kerelaan.

“Saiful melengahkan laporan polis dua hari selepas kejadian. Beliau tidak pergi ke HKL terlebih dahulu tetapi pergi ke hospital lain.

3.55 petang: Karpal berkata Saiful bertemu ramai orang tetapi tidak melaporkan perkara itu secara langsung.

Beliau berkata Saiful menemui (bekas pembantu Anwar) Ezam Md Noor dan juga Mumtaz Jaafar (seorang rakan kepada isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor), tetapi tidak membuat laporan polis.

Karpal berkata doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid sepatutnya dipanggil oleh pendakwaan kerana Saiful memberitahu doktor berkenaan bahawa dia diserang dengan satu objek plasti yang dimasukkan ke dalam duburnya.

“Ini bukan kelakuan sesorang yang telah dinoda.”

Katanya, pihak pendakwaan tidak membuat penafian semata-mata kerana telah memanggil dua orang pakar.

3.35 petang: Berdasarkan kenyataan yang diperolehi, Karpal mengemukakan hujah bahawa Anwar tidak sepatutnya dipanggil untuk membela diri.

Katanya, mahkamah sepatutnya mengambil kira bukti yang dikemukakan oleh Saiful dengan berhati-hati, seperti yang dilakukan mahkamah ke atas Azizan Abu Bakar dalam kes Liwat I.

Hakim perbicaraan pada masa itu menyifatkan Azizan sebagai saksi yang kukuh, namun keputusan itu diubah oleh Mahkamah Persekutuan.

3.25 petang: Karpal mengemukakan hujah berhubung ketidakpastian sama ada sampel tersebut diusik.

Katanya, hakim perbicaraan bertindak dengan betul apabila membebaskan Anwar kerana terdapat persoalan berhubung integriti sampel berkenaan.

“Salah jika dikatakan bahawa hakim tidak mengambil kira saksi pembelaan, Dr David Wells dan Dr Brian McDonals. Terdapat kecacatan yang terpendam dalam kes pendakwaan.

“Sampel itu diambil 56 hingga 58 jam selepas kejadian. Sampel itu tidak disimpan dalam tempat sejuk beku tatapi dalam keadaan baik walau dengan ancaman degradasi dari bakteria.”

3.00 petang: Karpal berkata Jude, yang menjadi saksi utama, memberi keterangan bahawa degradasi mungkin berlaku ke atas sampel.

“Dr Siew meminta Jude untuk meletakkan sampel di dalam tempat sejuk beku tetapi beliau tidak melakukannya dan ini menunjukkan sampel tersebut terjejas apabila beliau meletakkannya di dalam kebinet.

“Kabinet tersebut bukan tempat sejuk beku, dan apabila ditanya oleh Sankara Nair jika ini melanggar prosedur polis, Jude tidak menjawab soalan tersebut.

“Beliau mengetahui bahawa beliau patut meletakkannya di dalam tempat sejuk beku untuk mengelakkan degradasi. Ini menunjukkan Jude tidak mengikut arahan Dr Siew dan menunjukkan beliau melanggar arahan tetap ketua polis negara.

Ram Karpal berkata sampel tersebut diberikan pada awal 29 Jun dan beliau membukanya pada pagi tersebut. Ram menambah, Jude hanya memberi sampel berkenaan pada malam 30 Jun.

Karpal berkatal Shafee memfitnah Anwar dan patut memohon maaf.

2.50 petang: Karpal berkata setiap perkara dalam kes jenayah mesti terbukti melampaui keraguan munasabah.

Tambahnya, Shafee bercakap mengenai bukti Jude – saksi sama yang dikecam dalam pendengaran Suhakam.

2.40 petang: Persidangan mahkamah bersambung semula. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment