Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 7, 2014

No Comment
Rain
PELAKON Korea popular iaitu Rain telah memberi persetujuan bahawa dia bakal terlibat dalam sebuah filem negara China berjudul Hong Yan Lu Shui.

Menurut laporan portal Soompi, ini merupakan penglibatan pertama Rain dalam industri perfileman China dan menerusi filem tersebut dia memegang watak utama, sebagai pelukis dan waris kepada satu perniagaan besar di Asia Timur.

"Rain akan bergandingan dengan aktres Liu Yi Fei dan mereka merupakan pasangan bercinta dalam filem tersebut," kata sumber.

Penggambaran filem arahan Gao Xixi akan bermula pada pertengahan bulan ini.

Terdahulu, Rain baharu saja selesai dengan penggambaran filem Hollywood berjudul The Prince.

0 comments:

Post a Comment