Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

TERNYATA ritual yang dilakukan oleh ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zin dan dua anak buahnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengesan pesawat MH370 menjadi sesuatu yang dianggap lawak oleh orang ramai.

Akibatnya, ada pihak yang sengaja mencipta parodi meniru gaya mereka seolah-olah menaiki tikar terbang sambil berdayung dan memegang objek tertentu.

Gambar di atas adalah antara parodi yang dilakukan oleh beberapa individu termasuklah para jururawat.

Sekali tengok, memang melucukan aksi mereka. Tapi, rasanya dalam keadaan kita masih bersedih dengan kehilangan pesawat ini, ada baiknya untuk kita tidak melakukan gurauan yang mungkin boleh melukakan hati ahli keluarga penumpang.

Mungkin niat mereka hanyalah untuk suka-suka, tetapi jangan lupa banyak mata-mata luar yang memerhati untuk mentertawakan kita.




Oleh: ELZA

(Sumber: Facebook Oh!Media)

0 comments:

Post a Comment