Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Petaling Jaya – Dua lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap mati ditembak polis di sebuah tapak pembinaan di Ara Damansara di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, suspek berusia 22 dan 26 tahun yang dikehendaki berhubung beberapa kes jenayah maut di dalam sebuah kenderaan dinaiki mereka selepas berbalas tembakan dengan polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan berkata, sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah melihat sebuah kereta Proton Wira dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan itu.

“Panik menyedari kehadiran kereta Unit Peronda (MPV) itu, suspek kemudian melarikan diri ke satu lorong di tapak pembinaan sebelum dihalang polis.

“Seorang daripada suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah polis. Dalam kejadian berbalas tembakan itu, kedua-dua mereka mati ditembak di dalam kereta terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, sebentar tadi.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya dan mayat suspek dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment