Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 5, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Gejala murtad di Malaysia perlu ditangani secara menyeluruh dengan mengenal pasti punca sebenar seorang umat Islam di negara ini tergamak meninggalkan agamanya.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad berkata, murtad satu gejala yang parah dan penelitian pihaknya mendapati kebanyakan yang murtad tersebut merupakan `saudara baru’ iaitu baru memeluk agama Islam.

“Berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat memberi khidmat nasihat kepada pemohon murtad di beberapa buah negeri, majoriti mereka adalah saudara baru bukan Melayu.

“Oleh itu Ikram menyeru umat dan badan-badan Islam mmengambil berat tentang kebajikan saudara-saudara baru kita sebagai usaha untuk memelihara kesucian agama Islam dan membendung gejala murtad di Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Parid dalam pada itu meminta umat Islam Malaysia bersikap `tabayyun’ iaitu meneliti dan menyemak sesuatu berita tentang murtad hingga jelas kesahihan berita tersebut sebelum membuat sebarang pandangan.

Menurutnya, sikap demikian amat penting dalam menjaga kemurniaan Islam dan keharmonian agama serta kaum terutama apabila ada pihak yang mungkin ingin memecahbelahkan rakyat dan umat Islam.

Ia berikutan sejak kebelakangan ini tersebar beberapa keping gambar melalui Facebook yang berbaur hasutan terhadap pihak yang dituduh berusaha memurtadkan orang Melayu dengan memeluk agama Kristian.

“Walaupun gejala murtad memang wujud tetapi membesar-besarkannya dengan menggunakan gambar-gambar yang tidak berkaitan adalah perbuatan pemalsuan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

0 comments:

Post a Comment