Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

BESUT – Seorang surirumah berusia 29 tahun menjadi mangsa pertama yang meninggal dunia akibat demam denggi di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Muhammad Pehimi Yusof berkata mangsa tinggal di Kompleks Perumahan Polis, Padang Hiliran, Kuala Terengganu.

Beliau berkata mangsa dimasukkan ke wad Hospital Sutanah Nur Zahirah pada 5.35 petang Khamis lepas dan meninggal dunia pada kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

“Ujian darah ke atas mangsa mendapati mangsa positif denggi. Ini adalah kes kematian pertama akibat denggi di Terengganu sejak tahun 2011,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Daerah Besut di sini hari ini.

Muhammad Pehimi berkata sehubungan itu, Jabatan Kesihatan Terengganu kini mempertingkat pemeriksaan ke semua unit kediaman di Kompleks Perumahan Polis berkenaan selain semburan pengasapan dan pemusnahan jentik-jentik nyamuk dalam tempoh tiga hari di semua lokaliti kes.

“Operasi besar-besaran yang membabitkan pengedaran kit denggi yang mengandungi abate, plastik sampah dan bahan pendidikan kesihatan akan dibuat di setiap rumah bermula hari ini,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh itu juga berkata gotong – royong membabitkan anggota kesihatan, badan bukan kerajaan (NGO), agensi negeri dan
individu isi rumah di Padang Hiliran akan berterusan selama 7 hari. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment