JIKA anda mengikuti akaun Instagram pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana, anda mungkin perasan perubahan yang berlaku menerusi gambar terbarunya.
Fara dilihat mula mengenakan menyarungkan selendang di kepalanya termasuklah ketika menghadiri majlis kemuncak Kunci AM Krew di Berjaya Times Square, baru-baru ini.
Adakah Fara sedang cuba membiasakan dirinya untuk berhijab?
Jawapannya, ya! Memetik laporan GUA, dia mengakui dirinya sedang dalam proses untuk berhijab perlahan-lahan.
Menurutnya lagi, dia sudah lama menyimpan niat untuk berhijab dan sudah mula mengenakan selendang sejak sebulan lalu.
“Umur saya pun sudah mencecah 30-an, jadi ianya bukan satu perkara yang begitu mengejutkan. Saya sendiri sudah lama menyimpan niat, namun secara perlahan-lahan ianya datang kepada saya sekarang. Saya belajar untuk menjadi lebih bersabar dan tidaklah ‘seganas’ dulu,” ujarnya.
Kami tabik dengan niat baik Fara itu. Bak kata orang, pelan-pelan kayuh.
Kepada peminat, doakan agar suatu hari nanti hati Fara akan terbuka untuk berhijab sepenuhnya.
Oleh: Elza / SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment