Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

Pengguna telefon biasanya menggunakan ‘headset’ untuk menerima atau membuat panggilan.

Namun lain pula cerita kali ini. Masihkah anda ingat semasa bermain di waktu kecil kita akan menggunakan postur ‘ibu jari dan jari kelingking’ sebagai pengganti kepada telefon bimbit untuk menjawab panggilan? Ya kali ini anda boleh menggunakan postur kegemaran ini untuk menjawab dan membuat panggilan.


Dengar nama sahaja anda sudah pasti tahu fungsi sarung tangan ini. Sarung tangan yang diberi nama Hi-Call Bluetooth Glove ini memungkinkan anda menerima dan membuat panggilan hanya dengan meletakkan ibu jari di telinga dan jari kelingking di pipi.

Ia merupakan sarung tangan yang dapat disinkronasikan dengan peranti telefon pintar anda ataupun peranti-peranti lain yang menyokong aplikasi wireless Bluetooh Glove ini.


Bukan sahaja sangat selesa, ia merupakan sarung tangan yang sangat peka dengan skrin sesentuh anda. Kini tangan anda pula yang akan menjadi telefon. Diilhamkan oleh TechRadar, ia mempunyai pembesar suara di hujung sarung ibu jari dan pada sarung jari keringking pula terdapat mikrofon.



Dengan memggunakan postur isyarat tersebut, anda boleh bercakap sehingga 20 jam masa berbual. Mungkin orang ramai akan menggangap anda seorang yang gila kerana bercakap dengan menggunakan tangan tapi biarkan.

Kini anda boleh menunjukkan kepada dunia bahawa anda sebenarnya boleh bercakap menggunakan tangan dengan kualiti bunyi yang sangat baik!

Ia mungkin sesuai digunakan untuk negara beriklim sejuk di luar negara kerana dengan menggunakan konsep sains, semakin lama anda menggunakan peranti tersebut maka ia akan mengeluarkan haba seterusnya membuatkan tangan anda selesa dengan nikmat panas yang dikeluarkan sarung tangan ini.

0 comments:

Post a Comment