Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 14, 2014

No Comment

KUANTAN – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang merampas 528 botol minyak pelincir kenderaan yang dipercayai palsu bernilai lebih RM45,000 dalam serbuan di sebuah rumah di sini Isnin.

Timbalan Pengarah PPDNKK Pahang Abdul Kadir Aljailani berkata serbuan itu susulan laporan daripada pemilik cap dagangan mengenai kegiatan barangan tiruan jenama syarikat berkenaan.

“Selepas melakukan intipan selama dua minggu, kami telah melakukan satu serbuan di sebuah rumah sewa di Lorong Seri Setali pada 12 tengah hari tadi.

“Hasil daripada serbuan berkenaan sebanyak 528 botol minyak pelincir kenderaan berjenama disyaki palsu yang disimpan di dalam rumah sewa berkenaan telah dirampas,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata dalam serbuan itu dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang dipercayai penyewa rumah turut ditahan untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) (c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi individu dan RM15,000 untuk syarikat bagi setiap unit barang, atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi individu yang disabit kesalahan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment