Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

WASHINGTON – Seorang lelaki berusia 73 tahun, Frazier Glenn Cross mengamuk di Pusat Komuniti Yahudi di bandar raya Kansas, Amerika Syarikat kelmarin menyebabkan dua orang terbunuh.

Cross turut menyebabkan seorang lagi terbunuh di Pusat Persaraan Kampung Shalom sempena sambutan penduduk Yahudi yang meraikan pembebasan daripada perhambaan.

Menurut media semalam, lelaki itu disyaki menjadi anggota kumpulan membenci penduduk berkulit hitam iaitu Klu Klux Klan.

Cross juga dikenali sebagai seorang yang membenci kaum Yahudi.

Dia menjerit perkataan anti- Semitik dan membuat tabik Nazi sebelum ditangkap polis Taman Overland kelmarin.

Siasatan berhubung serangan itu yang dikategorikan sebagai jenayah kebencian akan dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Niro Alkohol Tembakau dan Senjata Api.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran bahawa keganasan agama tidak mempunyai tempat di dalam masyarakat negara ini.

Beliau membuat komen tersebut selepas kejadian amukan itu.

“Tidak ada sesiapa pun yang perlu berasa bimbang tentang keselamatan mereka apabila berhimpun bersama rakan-rakan yang memiliki kepercayaan yang sama.

“Tidak ada seorang pun yang sepatutnya takut tentang keselamatan mereka untuk pergi bersembahyang,” kata Obama di White House semalam.

Presiden itu menyatakan, kejadian tembakan itu merupakan sesuatu yang tragik kerana kaum Yahudi sedang menyambut perayaan Passover dan penganut- penganut Kristian meraikan hari Palm Sunday. – Agensi

0 comments:

Post a Comment