BEIJING – Polis China berjaya merampas 15,000 senjata api dan 120,000 bilah pisau daripada sindiket senjata haram termasuk menahan 15 orang suspek, lapor media semalam.
Kesemua senjata itu dirampas selepas polis menjalankan siasatan selama empat bulan, menurut akhbar China Daily.
Rampasan itu merupakan yang terbesar di negara ini.
Polis memperoleh maklumat mengenai sindiket senjata haram itu selepas menyiasat satu kes rompakan di ibu negeri wilayah Guizhou, Guiyang, lapor akhbar tersebut.
Polis berjaya menjejaki sumber pembekalan senjata yang digunakan dalam rompakan itu yang merupakan satu kumpulan samseng yang terdiri daripada sebuah keluarga di wilayah Hunan.
Mereka berselindung di sebalik nama sebuah kilang.
Kumpulan berkenaan sebenarnya mengawal beberapa gudang yang menjual senjata api dan pisau.
Keluarga tersebut mengawal kawasan seluas 27 wilayah dan perbandaran.
Pemilikan senjata peribadi adalah diharamkan di China dan pisau turut diklasifikasikan sebagai barang kawalan. – AFP
0 comments:
Post a Comment