BANDAR RAYA MEXICO – Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala empat lagi tercedera apabila sebuah bas terbakar selepas merempuh bahagian belakang sebuah lori di timur Mexico kelmarin.
Kerajaan negeri Veracruz dalam satu kenyataan berkata, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Villahermosa menuju ke bandar raya Mexico bertembung di sebuah lebuh raya berhampiran bandar Juan Rodriguez Clara.
“Bas itu terbakar menyebabkan kerja-kerja mengenal pasti mayat menjadi sukar,” kata Gabenor Veracruz, Javier Duarte.
Polis menyatakan, lori tersebut tidak diletakkan pada posisi yang betul di tepi lebuh raya tersebut menyebabkan bas berkenaan melanggarnya. – AFP
0 comments:
Post a Comment