Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 15, 2014

No Comment

Henan – Seorang pemandu trak terselamat daripada maut meskipun batang kayu sepanjang 18 kaki tertusuk dan menembusi badannya, selepas dia terlibat dalam kemalangan di sebuah jalan yang sibuk di Kaifeng.

Ketika kejadian, kenderaan yang dibawa oleh Li Feng, 40, telah merempuh bahagian belakang sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu, menyebabkan kayu berkenaan terjatuh dan menimpa bahagian depan cermin sebelum menusuk ke bahagian perut Feng.

Rempuhan itu juga menyebabkan kayu itu tembus hingga ke belakang kerusi tempat duduk Feng, menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa memotong kerusi berkenaan.

Menurut polis, ketika diselamatkan Feng tidak sedarkan diri dan keadaan jalan yang sesak menyebabkan bantuan hanya tiba selepas kejadian.

Setibanya di hospital, doktor telah menjalankan pembedahan selama empat jam dan batang kayu itu telah merosakkan perut, limpa dan paru-paru kiri. Dia bernasib baik kerana kayu itu tidak terkena jantung, jika tidak sudah pasti Feng akan meninggal dunia.

Doktor yang merawatnya, Chung Peng berkata, Feng akan berada di hospital selama beberapa minggu bagi memastikan tiada tanda jangkitan.

“Kita tidak dapat membuang kekotoran dan sisa kayu berkenaan yang masuk ke dalam badannya, itu yang berisiko menyebabkan jangkitan.

“Jika tidak jangkitan dalam masa beberapa hari ini, kita jangkakan dia akan pulih sepenuhnya,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment