SYDNEY – Kenderaan mini dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 menamatkan operasi pencarian pertamanya selama enam jam terhadap MH370 di dasar Lautan Hindi selepas paras air yang dalam melepasi had selamannya.
Kapal selam mini yang dimuatkan dengan sistem sonar dasar laut itu dikerah malam tadi dari kapal Australia, Ocean Shield yang menjalankan operasi mencari pesawat Boeing 777 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
“Selepas menamatkan kira-kira enam jam misinya, Bluefin-21 mencapai had kedalamannya iaitu 4,500 meter dan demi aspek keselamatannya, ia kembali ke permukaan air,” kata Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) dalam kenyatannya pagi ini.
“Data yang dikumpulan menerusi misi enam jam itu kini sedang dianalisis,” kata JACC.
AUV mampu mencapai operasi sehingga 16 jam untuk mengumpulkan data dasar laut.
Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat, Mark Matthews menjelaskan, kenderaan mini itu sudah mencapai has operasi yang diprogramkan dan secara automatic kembali ke permukaan air.
“Ada beberapa kriteria sehingga kenderaan itu boleh menamatkan misinya. Ia akan berhenti dan kembali ke permukaan,” katanya. – AFP
0 comments:
Post a Comment