Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

SATU kejadian tikaman secara rambang berlaku di Franklin Regional Senior High School di Murrysville, Pennsylvania, Amerika Syarikat semalam sebelum suspek perbuatan itu berjaya ditangkap pembantu pengetua sekolah berkenaan.

Seramai 20 orang pelajar dan seorang pengawal keselamatan sekolah itu sama ada telah ditikam atau dikelar dalam serangan itu.

Pendakwaraya Daerah Westmoreland John Peck menurut laporan CNN, suspek serangan itu dikenalpasti berusia 16 tahun bernama Alex Hribal.

Hribal difahamkan akan didakwa sebagai orang dewasa biarpun umurnya belum pun 18 tahun, dan bakal berdepan tuduhan cubaan membunuh, 21 tuduhan menyerang dengan senjata dan satu tuduhan memiliki senjata dalam kawasan sekolah.

“Saya tak pasti sama ada dia menyedari perbuatan yang telah dilakukannya,” kata peguam Hribal, Patrick Thomassey.

Thomassey berkata beliau akan melihat kemungkinan untuk memohon agar kes Hribal dipindahkan  ke mahkamah juvana untuk dibicarakan.

“Kita perlu memastikan bahawa dia faham akan akibat tuduhan berkenaan dan apa yang bakal berlaku. Selain itu, seorang pakar psikiatri akan membuat ujian ke atas mentalnya.

Menurut doktor yang merawat enam mangsa tikaman itu berkata, menurut mangsa mereka tidak menyangka pun mereka telah ditikam pada mulanya.

“Mereka hanya berasa sakit dan kemudian mereka sedar badan mereka cedera dan berdarah,” kata Dr Timothy VanFleet Ketua Unit Kecemasan di Pusat Perubatan Pittsburgh.

Ketika ini, pihak pendakwaraya membantah sebarang jaminan diberikan kepada Hribal dengan mengatakan empat orang kini dalam keadaan kritikal akibat perbuatannya.

Hribal kini ditahan tanpa sebarang ikat jamin di Pusat Tahanan Juvana Westmoreland County.

Pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan sehingga kini tetapi dalam soal siasat ke atas Hribal, dia mengatakan bahawa dia ingin mati. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment