10 Kematian Dilaporkan Akibat Taufan Halong Di Jepun
TOKYO – Kira-kira 10 orang maut dan berpuluh lain cedera apabila Taufan Halong membadai negara ini pada penghujung minggu lalu, dengan hujan masih lagi turun dengan lebatnya di kawasan utara.
Ribut berkenaan bergerak ke Laut Jepun (Laut Timur) pagi ini, selepas membadai kepulauan Honshu yang mempunyai ramai penduduk, kata Agensi Meteorologi.
Hujan lebat di kawasan utara Jepun mendorong pihak berkuasa memberi amaran mengenai kemungkinan berlaku tanah runtuh, banjir dan puting beliung.
Antara mangsa terbabit dengan taufan berkenaan termasuk seorang lelaki Iran yang dijumpai di Ibaraki di timur laut Tokyo, di samping dua wanita Jepun di Sakai dan Takamatsu, lapor Nikkei.
Polis bagaimanapun enggan menegsahkan jumlah kematian atas alasan rekod mereka masih belum lengkap. – AFP
0 comments:
Post a Comment