Aidilfitri lebih bermakna jika diraikan bersama ibu bapa menyebabkan pelakon Anzalna Nasir, 27, terbang ke London untuk menyambut lebaran bersama.
Bapanya, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim melanjutkan pengajian pasca lanjutan kedoktoran falsafah dan menetap di sana bersama ibunya. Mereka dijadual pulang ke tanah air tahun depan.
Perasaan gembira jelas kedengaran pada nada suaranya ketika dihubungi beberapa hari sebelum Aidilfitri. Katanya, persiapan awal dibuat bagi membawa bekalan apa yang patut. Paling utama, dia dapat meraikan hari kemenangan di samping ibu bapa juga ahli keluarga lain.
“Hendak diikutkan, memang menyambut hari raya di negara orang bukan asing bagi keluarga kami memandangkan sebelum ini kami menetap lama di Australia kerana ayah menyambung pengajiannya.
“Macam mana pun, perasaan teruja itu tetap ada kerana dapat merasai suasana Aidilfitri di tempat berbeza. Lebih penting bagi saya, walaupun jauh, kami sekeluarga dapat juga berkumpul,” katanya. - myMetro online
0 comments:
Post a Comment