Negara tersebut juga telah dinobatkan sebagai negara yang paling kurang korupsi oleh Transperancy International di Amerika Latin. Tapi siapakah pemimpin utama di negara itu?
Jose Mujica, seorang yang suka berkebun telah memenangi tempat presiden di negara tersebut pada 2010. Beliau terkenal dengan sikapnya yang teramat unik sebagai seorang presiden yang tidak bermewah.
Walaupun Uruguay bukanlah sebuah negara yang miskin, tetapi presiden negara itu memilih untuk hidup secara bersederhana. Beliau banyak menghabiskan masa bersama dengan seekor anjing sebagai teman, dikenali sebagai Manuella.
Dalam kehidupan sehari-hari, Jose Mujica memilih untuk menghabiskan masa dengan berkebun dan mengemaskan kawasan rumahnya.
Kawasan rumah Jose Mujica hanya dikawal oleh dua orang polis, yang hanya dibekalkan sebuah pondok kecil ; untuk mengawal kawasan rumah berkenaan . Ini sangat berbeza dengan pemimpin dunia lain yang biasanya mempunyai sistem keselamatan yang canggih dirumah mereka.
Rumah Jose Mujica |
Kereta ini adalah harta paling berharga Jose Mujica. |
Berikut dilampirkan beberapa gambar kehidupan sehari-hari Jose Mujica.
Bersama anjingnya. |
menunggu giliran di hospital kerajaan |
Selamba pakai selipar di sidang media |
tak perlu secretary buat air |
Apapun, sememangnya Jose Mujica ini seorang yang unik. Nyata dia bukan seorang yang sukakan kebendaan dan kemewahan seperti pemimpin-pemimpin lain. Alangkah bagus jika Jose Mujica ni salah satu daripada pemimpin di Malaysia - SiakapKeli.com
Jangan mimpi lah Malaysia nak dapat pemimpin yang sanggup derma 90% dari gajinya kepada kebajikan.
ReplyDeleteSeorang pemimpin mesti kelihatan seperti seorang pemimpin , perlu bijak, berjiwa besar.
ReplyDeleteTapi kalau selekeh dan suka berkebun tentu cuma lebih layak jadi seorang petani atau pekebun daripada mencemar imej negara dari segi penampilan
kutuk orang lagi , bodo la
Deletedon't judge the book by it's cover... kita belum tahu apa ideologinya... saya rasa sebagai seorang pemimpin tidak perlukan gaya yang melampau tetapi yang paling penting idea dan perancangan negara mampu menguntungkan rakyat dan kemajuan ekonomi negara...
ReplyDelete