Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 7, 2014


Arab Saudi - Seorang lelaki warga negara Arab Saudi yang disyaki telah dijangkiti virus Ebola semasa lawatan perniagaan ke Afrika meninggal dunia awal hari ini. Beliau telah dimasukkan ke hospital Jeddah dua hari lebih awal sebelum gejala demam berdarah, lapor Al-Jazeera

Lelaki itu baru sahaja pulang dari lawatan ke Sierra Leone. Kementerian Kesihatan Saudi berkata beliau akan dikebumikan mengikut amalan Islam dan garis panduan antarabangsa untuk pesakit Ebola.

Kementerian Kesihatan lagi berkata bahawa mereka sedang berhubung dengan keluarga mangsa dan sedang membuat pemerhatian jika terdapat tanda awal gejala tersebut pada orang-orang yang terdekat dengan mangsa.

Kerajaan Saudi juga telah menggantung visa haji dari negara-negara Afrika Barat

Kepada sesiapa yang menunaikan haji atau umrah, sila berhati-hati ketika melaksanakan ibadah. Berikut adalah tanda-tanda menghidap gejala Ebola dan langkah-langkah yang perlu diambil supaya tidak terjangkit - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment