KUCHING – Seorang peserta Kuching Marathon meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika berlari.
Peserta terbabit, Abdul Aziz Japar, 54 tahun rebah ketika baru menghabiskan jarak 2 kilometer, di Jalan Muhibbah, dekat sini.
Beliau yang berasal dari Brunei Darussalam menyertai acara santai 5 kilometer dan meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Deputi Superintendan Amihizam Abdul Shukor mengesahkan kejadian itu. – BH Online
0 comments:
Post a Comment