Polis rampas rokok seludup RM22,780
Georgetown: Seorang lelaki ditahan kerana memiliki rokok seludup pelbagai jenama yang disimpan di kedai runcit miliknya di Bukit Mertajam, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Bahagian Risik dan Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Deputi Superintendan Rosli Sufian berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan jam 10 pagi.
Menurutnya, sejumlah 2,260 rokok seludup bernilai RM22,780 berjaya dirampas.
"Siasatan awal mendapati suspek aktif menjual rokok seludup berkenaan hampir setahun lalu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(d) Akta Kastam 1957," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini. - myMetro
0 comments:
Post a Comment