Gaji Pencuci Tandas S’pura Lagi Banyak Dari Pensyarah Malaysia?
KUALA LUMPUR – Suhaizan Kayat, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia mendakwa gaji pencuci tandas di Singapura lebih mewah jika dibandingkan dengan gaji seorang pensyarah di negara ini.
Menurut beliau, pencuci tandas di negara Singapura boleh memperoleh gaji lebih dari RM 4,000 sebulah manakala pensyarah IPTA di Malaysia Gred DS45 di Malaysia hanya sekadar RM2,878,
“Gaji sebulan pencuci tandas Singapura sebanyak $1,713 = RM4,333.89. Gaji pensyarah IPTA gred DS45 adalah RM2,878. Siapa yg layak membeli rumah teres RM300 ribu di Johor Bahru? Oh Malaysia tanah airku……,” katanya di laman Facebook.
Kenyataan itu dibuat berikutan kes seorang Penysarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) yang menghadapi pertuduhan menghasut berkaitan dengan kenyataannya tentang krisis perlembagaan Perak - SiakapKeli.com
Bila bandingkan gaji bandingkan lah dengan Indonesia dan harga barang dengan Singapore dan bersyukurlah kerana Malaysia masih aman
ReplyDelete