Kerosakan akibat kejadian tanah runtuh |
PETALING JAYA: Lebih kurang 2,000 penduduk Teratai Aparment di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diarah berpindah dari rumah masing-masing berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi Isnin.
Pegawai operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu, Azhar Tajudin berkata kejadian terbabit berlaku di sebelah Blok F Teratai Apartment.
Azhar berkata 12 kakitangan telah dihantar ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10:44 pagi
Penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di tiga buah sekolah yang berdekatan.
Kakitangan Bomba dan Penyelamat kakitangan masih memantau keadaan di apartmen lima tingkat tersebut. - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment