Ratusan peserta membanjiri Central Park, One Utama, pagi ini bagi acara "Saya Mahu Sentuh Anjing" yang bertujuan untuk membantu orang ramai mengatasi rasa takut mereka dari anjing.
Menurut Facebook I Want To Touch A Dog, acara ini merupakan satu kejayaan yang besar dengan apabila orang ramai tidak sabar-sabar menghantar gambar mereka, komen dan pengalaman di sana
Ramai yang menyifatkan acara itu sebagai "benar-benar indah" dan berterima kasih kepada pihak penganjur.
Antara yang hadir ialah panel speaker Melayu dan seorang sarjana Islam yang mahu menjawab semua keraguan dan pertanyaan daripada orang ramai.
Acara ini juga menyediakan tutorial menyertu bagi menerangkan bagaimana untuk membersihkan diri setelah memegang anjing- SiakapKeli.com
Post by Jovian Anak Lee.
it's beautiful =)
ReplyDeletesamak guna sabun????,,,
ReplyDeleteSertu bukan samak
ReplyDeleteyup. sertu.. betul tu. lain istilahnya. samak itu bagi kulit lembu, kambing, dll yang haiwan ternakan.
DeleteSape speaker melayu dan seorang sarjana islam yg hadir.tuh?
ReplyDeletekaannn...
Deletenk tau jugak sape...
bagus program mcm ni.. beri ilmu.
ReplyDeleteKalau tak pegang2 dan belai2 tak leh dapat ilmu..!!?
Deletex de lak dlm islam kata haram pgg2 n belai2 anjing. kalo ada,bole tnjuk bukti??
Deletekot la terlepas pndg..
x delah haram cuma perbuatan suka pgg2 n belai2 benda kotor @ najis adalah perbuatan org tidak bermaruah...
Deletepegang pompuan bukan mahram lagi kotor dan najis...
Deletetapi ramai je org melayu yg wat mende ni dan ramaiiii lagi yg wat buta mata je bila tgk mende ni???
lee han.. org cerita pasal anjing la beb..!!!
Deletekenape nak buat kempen pegang anjing..? perlu ke..? berfaedah ke?
Deletedunia semakin ke penghujungnya.. nauzubillah
ReplyDeleteBanggangnya samak guna sabun??? Air yg bercampur Tanah mana??
ReplyDeletekan ade sabun taharah..ade campuran tanah...betulkan saya kalau salah https://www.facebook.com/seriemassoap.8888
DeleteMmg ada sabun samak la skg...
ReplyDeletetu bukan samak la..tu sertu..yg komen samak tu..ttu x bljr agame...tgoklah cre dye basuh tu..
ReplyDeleteDalam kitab al-Um kitab imam as-Syafie: beliau membenarkan kita untuk menyamak menggunakan air tanah @ yg lebih bersih darinya (sabun). Jangan berbalah bab furuq (ranting). Belajarlah menghormati perbezaan pendapat. Lebih baik buat research atau cari maklumat dulu sebelum melontarkan pandangan. Harap ini membantu.
ReplyDeleteNext: " I Want To Touch My Shit " pula....
ReplyDeleteHari ini satu usaha telah berjaya dilakukan terhadap org Islam bertujuan menghilangkan rasa takut dan 'jijik' terhadap anjing. Apakata satu hari nanti kita anjurkan pula acara ' I Want To Touch My Shit ' membantu warga bukan Islam membersihkan dubur menggunakan air, yg mana ramai di kalangan mereka merasa jijik dan kotor menyentuh najis sendiri, sedangkan kedua2nya adalah najis, tidak berdosa disentuh dan kedua2nya mudah dilakukan.
Nice statement. ..
Deletemcm ok je....
Deleteok gak tu...
Extremely good point!!
Deletehttps://www.facebook.com/video.php?v=914775295218289
ReplyDeletedengar elok2 :)
ada orang kata, tak yah samak kalau kita kering dan anjing tu pun kering. betul ke?
ReplyDeleteKan lebih baik jangan disentuh anjing sbb binatang itu memang najis. Kecuali lah nampak anjing tu tersepit ke..atau sebab2 lain yang memestikan kita memegang anjing itu. Tapi kalau suka2 tak boleh pegang anjing tu walaupun Islam tidak mengharamkan memegang anjing. Orang Islam kena banyak membaca, belajar dan bertanya tentang Islam kalau nak jadi orang Islam. Jangan main ikut jer. 3 mazhab sepakat mengatakan anjing itu najis kecuali mazhab Maliki. Tiada keperluan pun. Banyak lagi binatang lain yang boleh dijadikan pet atau untuk main2.
DeletePade sesape yg komen Dan beri pandangan, gune la bahasa yg elok Dan mlambangkan korg ni org Islam..
ReplyDeleteXperlu nk maki2 Dan bodohkan orang lain ..
Tgok dri sendiri dlu k
Kita ada utz don, utz izhar idrus n etc...carilah ilmu
ReplyDeleteKita ade lg pdapat mhzab hanafi, maliki n hanbali, jgn duk takliq buta satu2 mzhab je, imam syafi'l mlarang takliq buta kpdnya, hndaklah buat kajian bdasarkn nas al Quran dan hadis sahih..
Deletetapi kita menjurus kepada mazhab imam syafie.. sebab mazhab tersebut lebih telus kebersihan dan menjaga kesucian.. even nk solat pun, kalau rasa was-was kene amek semula.. tu la cara mazhab tersebut.. so, kalau pegang anjing, ada sebab dan alasan yang munasabah memang xsalah sebab "terpaksa". tapi kalau saja2 pegang, tanpa alasan dan sebab yang kukuh, boleh jatuh kepada haram kerana menyentuh najis yang besar dalam islam iaitu najis mughallazah. walaupun niat penganjur seperti yang dicakap,"nk elak dari takut kepada anjing" itu xmunasabah alasannya kerana dalam islam sekalipun, dari kecik sampai besar kita dibukakan akal dengan perkara2 yang membatalkan hadas, perkara yang dilarang untuk sentuh (for muslim). muslimat dan muslimin yang dh pegang tu, bertaubat la selagi pintu taubat masih dibuka.. jangan lalai dengan ujian dunia pada anda.
DeletePas ni.. 'i want to touch a piggy'.. tgk sambutan.. hebat tak hebat...
ReplyDeleteBabi najis, dsebut dlm al-Quran, mgenai anjing, dlm al-Quran tkde satu ayat pun mgatakn anjing adalah najis, tmasuk hadis sahih, mohon blaja lg islam.. mohon kaji ayat ayat al maidah, ayat 4. Dan rujuk pdapat mzhab hanafi, maliki, syafi'l dan hanbali, ape pdapat mreka bdasarkn nas dan hadis sahih..
Deletenajis laa..Najis Mughallazah..sbb tu kena basuh dgn air Mutlak sebanyak 7x n sekali daripadanya dgn air yg bercampur dgn tanah yang suci sehingga hilang sifatnya (bau, rasa dan warnanya).
Delete“Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim).
ReplyDeleteApa tujuan acara begini diadakan? Bukankah Islam melarang sentuh benda najis tanpa sebarang sebab? Lepas ni penganjur blhlah adakan acara meramas tahi...tentu mereka ni kata tahi kotor anjing tak kotor...disini punca masaalah
ReplyDeletesebabnya nak mengajar dan membuka mata org bukan islam mcm mana kita menangani najis. pernah tengok anjing sesat kat pasar malam?. dan tengok kerenah org kita terutamanya pompuan dan kanak2 dlm situasi tu.. takut mengalahkan org terserempak buaya. tu pun satu sebab gak.
DeleteAnjing pon makhluk Allah jugak. At least dorg tak buat pesta goreng anjing dan makan cukuplah.
ReplyDeleteDaripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
DeleteLihat bgm umat islam semakin dikelirukan dgn plbgai kempen dan dakyah. Akhirnya msg2 brbalah pendapat. Kembali kpd Quran dan Sunnah. Ulama prlu ke hdpn. Dunia smkin caca merba
ReplyDeleteBila mencari ilmu dengan pihak yang salah.. Inilah jadinya..
ReplyDeleteBila yg mempunyai kuasa tidak berilmu.. Inilah jadinya..
Bila pendapat ulama ditolak tepi.. Inilah jadinya..
Bila dah bodoh taknak belajar agama.. Inilah jadinya..
Bila suruh pegi majlis ilmu belajar agama tak mau.. Lalai dengan dunia dan hiburan.. Inilah jadinya..
Kelak.. Bila dtg bala.. Dengan kau, anak-anak, keturunan kau.. Sampai ke aku sekali pun kena..
Ya Allah.. Ampunilah mereka.. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui..
Stuju bro stuju
DeleteKucing ada pi lah pegang, yang kemaruk nak pegang anjing buat apa kejadahnya. tak mampuih pun kalau tak pegang.
ReplyDeletecuba kita dengar nie..jangan hujah ikut kepala hotak
ReplyDeletehttp://youtu.be/_4_NlaSSyu4
Program yg bgus, spaya rkyat mlysia yg bragama islam blaja x abis agama islam dlm pbezaan mzhab, syeikhul islam bkata dlm kitab majmu' fatawa : 3 pdapat mgenai anjing, pertama, mzhab syafi'l, haram n najis anjing ktika bsah, pdapat kedua, mhzab maliki, anjing adalh suci tmasuk air liur, pdapat ktiga, mzhab hanafi dan hanbali, anjing suci, hnya air liur najis. Pdapat yg paling bnar adalh pdapat yg ktiga. Manakla dr yusuf al qardhawi cenderung pdapat mzhab maliki bdasarkn nas al-Quran, surah al maidah, ayat 5. So kpd yg jahil agama islam, mohon kaji dgn nas dan hadis sahih, jgn komen unsur kbodohan..
ReplyDeleteAl maidah : Ayat 4, bkan 5.
DeleteJika di tempat yang ber ais... anjing digunakan sebagai penarik ski (kenderaan) (basah+basah) , di Sudan cuaca panas dan kering dan tak berpeluh (kering+kering), jika di Malaysia panas dan lembab serta berpeluh (basah +basah) .. jika seseorang yg menjaga solat 5 waktu pasti dia akan menitik beratkan kesucian diri pakaian dan persekitaran sepanjang waktu kerana khuatir melakukan perbuatan yg sia sia...takut amalan tidak diterima...Na'uzubillahhiminzalik...
ReplyDeleteMatlamat tak menghalalkan cara ..Islam itu indah dan mudah.. banyak lagi perkara lain boleh dianjurkan..
ReplyDeleteKita dikelirukan dgn benda2 yg xdak berfaedah sama sekali, apa saja alasan ia tetap najis dan x perlu di belai atau di pegang hanya blh di lihat..
ReplyDeleteIni adalah agenda orang-orang kafir yang cuba memesongkan akidah umat islam diakhir zaman.. Sedarlah wahai Umat Islam...Rujuklah kepada AlQuran dan Hadith...Dari Abu Said al-Khudri katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka? (Riwayat Muslim). Allahuakbar
ReplyDeletehttp://youtu.be/_4_NlaSSyu4
ReplyDeletenak cakap apa....ISLAM kat malaysia pun atas kertas je....tertulis agama rasmi tapi hanya atas kertas semata2...ada jabatan2 islam...hanya boneka semata2...kat Malaysia org Islam bebas buat maksiat...pi disko mabuk2...siap ada tempat khas utk buang anak luar nikah...casino...judi....ada gereja terbesar kat bukit jalil.....apa lagi...tp negara agama rasmi apa......ISLAM...sila beri tepukan gemuruh
ReplyDeleteHukum menyentuh anjing
ReplyDelete1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:
“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]
Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram sengaja menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis keatas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.
Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.
Hukum membela anjing
2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:
i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga
"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]
Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]
"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]
Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja
3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu.
Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)
ceramah agama tak nak pegi, sentuh anjing yang ko bangga2 kan. nauzubillah
ReplyDeleteAllah dah bagi warning dengan kehadiran angin puting beliung baru2 ini tetapi manusia di Malaysia masih juga degil dan keras hati.
ReplyDeleteProgram mencelarukan umat islam yg sgt2 berjaya...tahniah. Moga Allah tunjukkan kebenaranNya
ReplyDeleteMemang pegang anjing tak haram, but it can be haram if kita pegang anjing tu tanpa sebab! Pls noted lah, kite orang Islam. Boleh fikir apa baik apa buruk. Lepasni dh taktahu dgn anjing, mesti akan pegang lg binatang ni rite? Tah tah ada yg bela trus.
ReplyDeleteYang halal itu jelas halal dan yang haram itu terang haram.. Kenapa perlu dihalalkan yang sudah jelas haram...
ReplyDeletePendek kata, haram tetap haram.
ReplyDeleteBanyaknya yg jadi ustaz dan ulama tak bertauliah kat sini. Yg smp lupa diri dan cakap ikut pegangan sendiri pun ada. Bkn tugas kita nak hukum berdosa atau tidak. Dah bg pendapat kan, dengarla pendapat org lain pulak. Sbb ilmu kita bkn besar mana. Ilmu Allah tu luas. Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmah. Dan hikmahnya dlm program ni adalah ilmu. Dan juga menghilangkan rasa takot yg tak sepatutnya ada pada seekor haiwan yg cuma dihukumkan najis bkn berdosa untuk menyentuhnya. Kalaulah hina sgt anjing ni dijadikan Allah kenapa dlm Sejarah Ashabulkahfi ada watak seekor anjing yg setia menemani pemuda2 beriman yg bersembunyi demi menyelamatkan iman mereka dan akhirnya tertidur hingga ratusan tahun lalu dibangkitkan semula....jangan paranoid dgn ilmu yg sedikit.... tp carilah rahsia disebalik rahsia ilmu yg kita miliki. Jgn jadi ustaz yg akhirnya ucapan kita menjadikan kita kufur pd nikmat Allah yg kita miliki iaitu ilmu.... wallahualam.
ReplyDeleteKempen ni salah sbb mengajak umat islam menyentuh benda najis tanpa sebab.... yg betulnya kempen ihsan pada binatang...
DeleteNi la nasib orang tak faham agama..
ReplyDeleteNak beramal tapi cetek ilmu..
Nak tunjuk bijak tapi tak kena mengena..
Dah jelas hukum, tapi masih tak tau..
Aku bukan tahu hukum hakam seperti agamawan..
ReplyDeleteBukan juga pandai seperti cendiakawan..
Bukan hebat seperti negarawan..
Tak juga serba tau bak ilmuwan..
Tapi cukup lah dengan ilmu sedikit menjadi pedoman & panduan..
Dah ade penjelasan yg jelas isu makhluk diberi nama anjing ni. Tak perlu nak buat program 'bijak' camni untuk cari populariti kosong.. atau nak buktikan amal kebajikan yang terpesong
Orang Islam memang dah faham, tiada isu takut akan makhluk Allah yang satu ni. Kita semua tau cerita Ashabulkahfi.. Anjing menemani pemuda-pemuda di gua.. Yang akhirnya turut mendapat tempat di surga..
Kita pernah dengar kisah seorang pendosa masuk surga sebab bagi minum anjing. Tidak timbul isu orang ISLAM ade stigma takut anjing dan tak peduli nasib anjing.. Ni helah pihak berkait nak cari populariti murahan.
Tak perlu kita maki hamun si penganjur. Kita doakan dia insaf & taubat. Carilah cara lebih bernas & ikhlas dalam beramal bukan cari populariti..
ILMU AMAL IKHLAS
Cuba tengok video ni: https://www.youtube.com/watch?v=4pMSWyNwdqw&list=UU5grL03qtTFvgeqTXK8hjHg
ReplyDeleteWalaupun di Amerika namun ibubapa kepada budak2 ni mengajar anak2 mereka supaya memakai sarung tangan apabila bermain dengan anjing kehilangan tuan yang telah datang kehalaman rumah mereka dan tidak mahu pergi.
https://www.youtube.com/watch?v=IwJeHSMMHrA&list=UU5grL03qtTFvgeqTXK8hjHg