Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, October 13, 2014

No Comment


BEKAS pemain tengah Chelsea dan Real Madrid, Michael Essien menafikan khabar angin bahawa dia disyaki dijangkiti virus Ebola.

Bintang Ghana itu yang kini menyarung jersi AC Milan diketepikan daripada skuad negaranya ketika terikat 1-1 dalam aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika di Guinea.
Susulan itu timbul khabar angin yang mendakwa Essien dijangkiti Ebola tersebar luas di laman Twitter.

Tindakan itu menyebabkan Essien pantas menafikan dakwaan tersebut dengan memuat naik gambarnya yang dalam keadaan sihat di Instagramnya.



"Saya cergas dan sihat. Khabar angin yang tersebar di Internet mengenai saya dijangkiti Ebola tidak benar.

"Saya akan berlatih seperti biasa esok. Virus Ebola adalah isu yang serius dan ia tidak patut dijadikan bahan gurauan," tulisnya dalam Instagram.

Tidak cukup dengan itu, Essien turut membuat kenyataan mengenai perkara tersebut di laman Twitternya.
"Kita perlu mendoakan mangsa sebenar virus Ebola supaya kembali sihat," tulisnya.

AC Milan turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyifatkan khabar angin itu tidak berasas dan tidak pernah disahkan oleh kelab tersebut.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengenai salah seorang pemain kami. Tuduhan itu tidak berasas," menurut kenyataan kelab tersebut. - mStar

0 comments:

Post a Comment