JAKIM Akan Siasat Program "I Want To Touch A Dog"
JAKIM akan membuat siasatan berkaitain dengan program "I Want To Touch A Dog" yang telah dianjurkan baru-baru ini di Central Park, One Utama.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata dalam satu laporan Bernama bahawa program ini tidak sepatutnya berlaku, sambil menambah bahawa Jakim menyesali sikap tidak bertanggungjawab dari pihak penganjur yang tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Acara ini tidak pernah diadakan sebelum ini dan merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat. Kami adalah orang Islam dan agama telah menyatakan dengan jelas penalti mengenai isu anjing. - SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment