Jangan Buat Tuntutan Jika Tidak Menyokong BN - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib hari ini memberitahu bahawa masyarkat Cina tidak boleh membuat tuntutan keatas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).
Berucap pada perhimpunan agung MCA yang ke-61, Najib berkata BN hanya akan berlaku adil kepada orang Cina hanya jika mereka menyokong parti pemerintah dan bukannya PR.
"Saya suka untuk melakukan lebih lagi, mungkin satu hari nanti saya boleh lakukannya. Tapi saya juga perlukan sokongan dari golongan Cina untuk menyokong BN. Ayuh lah. Kamu pun perlu lakukan bahagian kamu juga."
"Kamu tak boleh membuat tuntutan dan menyokong DAP. Kamu tak boleh membuat tuntutan dan menyokong PR. Kamu buat tuntutan, kamu sokong BN, kami akan berlaku adil kepada golongan Cina.", kata Najib.
Walau bagaimanapun, Najib mengakui bahawa dia masih "cuba" untuk berlaku adil kepada masyarakat Cina sekarang, walaupun terdapat hanya dua menteri MCA dalam Kabinet.
"Walaupun terdapat hanya dua menteri MCA dalam Kabinet, mereka tetap memainkan peranan untuk membantu masyarakat Cina. - SiakapKeli.com
Sumber : MalaysiaInsider
0 comments:
Post a Comment